Embassy Seal
Selamat Datang ke Pejabat Perhubungan Awam
376 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur. Tel: 603-2168-5000. Faks: 603-2148-9192
Blue Bar

English

Kaunselor Perhubungan Awam: Phillip P. Hoffmann

Pejabat Perhubungan Awam bertanggungjawab mengendalikan perkhidmatan Akhbar, Maklumat dan Kebudayaan di Kedutaan. Pejabat ini diketuai oleh Kaunselor Perhubungan Awam dan dibantu oleh Pegawai Kebudayaan dan Pegawai Akhbar.

Unit Akhbar akan mengendalikan semua hubungan antara Amerika Syarikat dan Malaysia, memberi maklumbalas kepada soalan-soalan dari pihak media, menyediakan maklumat-maklumat mengenai polisi luar dan isu terkini Amerika Syarikat kepada pihak media, mengatur sesi temuramah pegawai-pegawai kerajaan Amerika Syarikat dan mengendalikan sidang akhbar berkenaan dengan isu-isu di Kedutaan.

Pejabat Perhubungan Awam bertnaggungjawab menghantar Washington File - iaitu ringkasan artikel-artikel harian, transkrip-transkrip ucapan Presiden Bush dan Pegawat Atasan yang lain, transkrip taklimat ringkas Rumah Putih dan Jabatan Negara, secara elektronik ke institusi-institusi yang memohon untuk menerimanya. Pejabat ini juga boleh mengatur sesi temuramah melalui satelit dengan kemudahan Rangkaian Dunia (Worldnet) yang terdapat di Kedutaan di antara pegawai-pegawai Amerika Syarikat atau pakar-pakar di Washington dengan pegawai-pegawai kerajaan, para akademik dan pihak wartawan di Malaysia.

Unit Kebudayaan pula mengendalikan pelbagai program pertukaran pendidikan, termasuk Program Pelawat Antarabangsa yang menghantar pihak dari kerajaan Malaysia, akademik dan lain-lain bidang profesional ke A.S. untuk mempromosikan hubungan profesional serta suaikenal dengan negara A.S. Ia juga menganjurkan program-program penceramah oleh pakar-pakar dari pelbagai bidang ke Malaysia untuk menyertai seminar dan bertukar-tukar pendapat dengan rakan sekerja di Malaysia.

Pejabat Perhubungan Awam turut memberi khidmat nasihat di Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE) yang mengendalikan program-program pertukaran pendidikan di antara A.S. dan Malaysia termasuklah program biasiswanya yang terkenal iaitu J. William Fulbright Scholarship Program selain daripada menyediakan maklumat tentang melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat.

Pusat Sumber Lincoln menyediakan perkhidmatan penyelidikan dan rujukan kepada Kedutaan, yang mengkhusus dalam isu-isu polisi A.S., perundangan, perdagangan, sosial dan kebudayaan. Pusat ini juga bertanggungjawab memberi maklumbalas terhadap pertanyaan daripada wakil-wakil kerajaan, akademik, pihak media dan orang awam. Ia juga bertanggungjawab mengemaskini sumber maklumat di Laman Web Kedutaan Amerika dan memastikan empat LRC E-Jurnal dapat digunakan melalui laman webnya.
 


Laman Utama  | Misi A.S. di Malaysia  |  Department of State  | LRC E-Jurnal  |  Washington File | English Homepage