|
Pejabat Kerjasama Pertahanan (ODC) adalah pengantara Jabatan Pertahanan kepada kontraktor A.S. yang berminat untuk
menjalankan perniagaan dengan pihak warga pertahanan di Malaysia. ODC bertanggungjawab menguruskan Penjualan Peralatan
Ketenteraan (FMS), program-program Kerjasama Pertahanan dalam Kelengkapan Ketenteraan (DCA), Title 10 Conferences, dan
program-program Pendidikan dan Latihan Ketenteraan Antarabangsa (IMET) kepada Jabatan Pertahanan Malaysia. Tugas utama ODC di
antara kerajaan kedua-dua negara atau secara terus dengan syarikat-syarikat pertahanan di A.S. Tertera di bawah adalah bantuan
yang boleh diterima oleh para kontraktor pertahanan A.S. daripada ODC - Malaysia.
BANTUAN KEPADA KONTRAKTOR PERTAHANAN A.S.
Tujuan garis panduan ini adalah untuk memaklumkan bantuan yang terdapat di kedutaan ini ke syarikat-syarikat pemasaran produk
pertahanan di Malaysia. Kedutaan bersedia menyalurkan bantuan kepada mana-mana syarikat A.S. untuk memenuhi keperluan pertahanan
Malaysia. Apabila terdapat dua atau lebih syarikat A.S. yang meminta bantuan yang sama, kami tetap memberi komitmen terhadap
bantuan yang diperlukan sama rata kepada semua syarikat.
Umumnya, bantuan di kedutaan ini boleh diperolehi dari mana-mana bahagian. Bahagian-bahagian yang memberi bantuan khusus
kepada syarikat-syarikat yang memasarkan produk pertahanan adalah Pejabat Kerjasama Pertahanan (ODC), Perkhidmatan Komersil Luar
(FCS), dan Pejabat Atase Pertahanan (DAO). ODC membantu menyediakan gambaran berkenaan prosedur pembelian oleh Kementerian
Pertahanan (MINDEF); FCS pula menyediakan maklumat mengenai bagaimana membuka perniagaan di Malaysia, membantu pihak-pihak yang
berhubung dengan Kerajaan Malaysia selain daripada MINDEF, dan menyediakan maklumat mengenai agensi-agensi tempatan melalui
Gold Key Service atau dengan mengisi borang FCS Advocacy Form; dan pihak DAO boleh menyediakan maklumat tentang
syarat-syarat pertahanan di Malaysia.
Kami ingin menasihati agar syarikat-syarikat pemasaran pertahanan A.S. menghubungi kedutaan terlebih dahulu melalui ODC.
Pihak ODC akan menguruskan segala temujanji dengan pihak FCS dan DAO jika dikehendaki berbuat demikian.
Kami mencadangkan supaya mana-mana syarikat yang telah kenalpasti syarat-syarat yang telah ditetapkan dan yakin bahawa
mereka mempunyai peluang yang cerah untuk terpilih, sila gunakan agen tempatan. Agen tempatan dengan mudahnya mendapatkan
kemudahan temujanji dengan pihak kerajaan Malaysia dan boleh memberi maklumbalas dengan cepat disamping memberi sokongan. Adalah
perlu bagi ODC untuk turut serta sekiranya sesuatu penerangan ringkas mengenai sesuatu sistem persenjataan memerlukan perhatian
mendalam. Sekiranya ODC diperlukan untuk memberi bantuan, kami meminta maklumat berikut disediakan:
- Nama penuh syarikat.
- Alamat syarikat.
- Nombor telefon dan faks.
- Maklumat tentang wakil.
- Nama Penuh.
- Nombor paspot.
- Kebenaran Kerajaan A.S jika ada.
- Maklumat produk.
- Nama produk.
- Permohonan.
- Sudahkah memperolehi lesen perniagaan di Malaysia?
- Hendak menjalankan perniagaan ini melalui Penjualan Peralatan Ketenteraan (FMS) atau melalui Perdagangan Jualan Langsung.
- Adakah diketahui tentang lain-lain pencabar dari A.S. atau negara antarabangsa yang lain.
- Agen tempatan, jika ada.
- Saluran di Kementerian Pertahanan Malaysia, jika ada.
- Gambaran tentang sesebuah syarikat mana yang akan datang ke Kuala Lumpur.
Setelah permintaan untuk menjalankan perniagaan diterima, kami akan mencuba sedaya upaya kami untuk membantu dalam memenuhi hasrat terhadap pemasaran perkhidmatan dan produk anda.
Laman web yang berkaitan:
|