|
Terima kasih dan selamat pagi. Saya rasa bertuah dan berbesar hati kerana dapat bersama anda pada pagi ini. Saya dan isteri, Jan,
serta anak-anak, Elizabeth dan John telah banyak dengar tentang kemesraan dan layanan baik rakyat Malaysia. Walaupun baru tiba
petang semalam, saya dapat rasakan bahawa kami akan suka tinggal dan bekerja di sini. Saya rasa tidak sabar untuk bekerjasama dengan
lebih rapat, lebih membina dan dengan rasa hormat bagi menjayakan hubungan ini dengan rakyat Malaysia dari segenap lapisan
masyarakat, termasuk kawan-kawan dan rakan-rakan sekerja di Kedutaan yang sudah mengenali Kerajaan Malaysia.
Saya sedar bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai banyak keindahan semula jadi, pelbagai sumber semulajadi, dan kaya
dengan pelbagai budaya. Bukti kepakaran dan produktiviti rakyat Malaysia amat banyak, ini termasuk deretan bangunan pencakar langit
di Kuala Lumpur dan terdapat pelbagai teknologi terkini di seluruh negara. Sempena ulangtahun kemerdekaan yang ke-50 tahun, rakyat
Malaysia mempunyai alasan untuk merasa bangga dengan semua kemajuan yang telah dinikmati dalam masa yang singkat ini.
Saya teruja untuk memulakan tugas saya sebagai Duta Besar Amerika Syarikat di sini bersama-sama kakitangan Kedutaan dan melalui
hubungan kerja yang kukuh dengan Kerajaan Malaysia. Saya sangat berterima kasih kepada Duta Besar LaFleur, yang sangat saya hormati
sebagai seorang diplomat yang ulung dan berpengalaman, kerana berjaya membina hubungan yang sangat produktif dan kukuh di antara
kedua-dua negara ini dan beliau telah menyerahkan tugasan berikutnya kepada saya untuk dijaga dan diperkembangakan. Ketika kita
menyambut 50 tahun hubungan erat kedua-dua negara ini, adalah baik untuk kita berfikir sedalam-dalamnya bahawa Malaysia telah
menjadi rakan kongsi terpenting kepada Amerika Syarikat. Saya akan berbuat apa sahaja untuk meningkatkan kerjasama ini demi
kemakmuran rakyat kedua-dua negara.
Sebagai permulaan, satu tugas penting saya ialah untuk mengenali masyarakat Malaysia. Saya tidak sabar untuk menjelajah ke seluruh
negara, bercakap tentang Amerika di samping mendengar pendapat rakyat Malaysia berkenaan dunia luar. Apa yang difikirkan oleh
rakyat Malaysia itu penting untuk pengetahuan pemimpin-pemimpin kanan kami di Washington kerana di sana terdapat banyak perkara
yang boleh Malaysia sumbang demi keamanan dunia, kemakmuran, dan kestabilan. Saya anggap tugas ini sebagai tanggungjawab untuk
memastikan supaya Amerika Syarikat membuat semua yang patut bagi mempromosi dan mengembangkan dialog berkaitan isu-isu tersebut.
Saya akan mencari jalan agar hubungan ekonomi dua hala dapat dipertingkatkan di mana ia merupakan perkara-perkara asas hubungan
kita. Saya harap perbincangan ke arah mencapai kejayaan keseluruhan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dapat disambung semula
secara serius. Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) boleh menjadi satu faktor yang efektif dan akan saling menguntungkan kedua-dua
negara dalam mencapai minat yang sama di Malaysia demi mengekalkan pembangunan, perkembangkan ekonomi, dan mengekalkan persaingan
di pasaran global pada penghujung abad ke 21 ini. Kita sekarang sama-sama berada di dalam global ekonomi, di mana Malaysia dan
Amerika Syarikat kedua-duanya boleh menjadi kuat dengan hanya memperdalamkan lagi hubungan perdagangan kita.
Selain dari mempunyai minat yang sama dalam memastikan keutuhan ekonomi, Amerika dan Malaysia juga telah berkongsi minat dalam
menjaga keamanan dan kestabilan serta menjaga keselamatan sistem perdagangan global di rantau ini. Saya akan meneruskan dengan
lebih mendalam lagi isu pertukaran hubungan dua hala negara ini, juga rantau ini, dan urusan-urusan global antara pegawai-pegawai
kanan kedua-dua negara, termasuk di dalam kontek ASEAN. Kita perlu mendengar dengan lebih banyak lagi dari pegawai-pegawai kanan
Malaysia berkenaan perspektif mereka tentang hal-hal dunia, dari ketidakstabilan dunia di Timur Tengah hinggalah kepada memerangi
jenayah antarabangsa, dan dalam memerangi serangbalas pengganas. Saya menduga bahawa tentera kita akan terus berlatih bersama, dan
saya ingin melihat kerjasama penguatkuasaan undang-undang kita akan berkembang dengan lebih baik dan mendalam lagi demi menjaga
rakyat kita dari ancaman kepada keselamatan mereka.
Kami juga ingin mencari jalan untuk mendalami lagi hubungan dialog bagi perkembangan kawalan ekspot, memelihara alam sekitar,
mengekalkan seberapa efektif yang boleh tentang menjaga maruah diri dan kebebasan di seluruh dunia, di samping mengambil kesempatan
untuk mengecapi pertumbuhan teknologi pada arus yang sangat sesuai kini dari bidang biologi dan fizik hingga kepada bidang
komunikasi dan tenaga. Banyak yang boleh dibuat secara bekerjasama dengan organisasi-organisasi dan institusi-institusi kedua-dua
negara ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan "Selamat Berpuasa" kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam semoga sihat dan aman di bulan
puasa ini. Saya tidak sabar untuk menyerahkan watikah perlantikan saya kepada Yang Di Pertuan Agong dalam masa yang terdekat ini,
dan selepas itu saya harap dapat berjumpa dengan anda semua dalam kita sama-sama bekerja untuk membina hubungan yang lebih kukuh
lagi di antara Malaysia dan rakyat Amerika, demi membina sebuah negara yang selamat dan sejahtera di rantau ini, dan agar kita
dapat sama-sama menasihati antara kita tentang cara terbaik untuk kita ambil demi mengatasi masalah-masalah asas dunia.
Terima kasih banyak-banyak.
Akhir kata, saya harap hubungan di antara Amerika Syarikat dan Malaysia akan bertambah baik dan erat. Saya juga ingin menegaskan di
sini bahawa Amerika akan bekerjasama dengan Malaysia demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara. Terima kasih.
|