James Keith mengangkat sumpah sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia pada 24 Julai, 2007. Sebelum itu, beliau ialah
Timbalan Penyelaras Kumpulan Bertindak Demam Selsema Avian, iaitu satu organisasi di bawah Jabatan Negara A.S. yang dibentuk untuk
memberi maklumbalas dan bersedia untuk menghadapi ancaman demam selsema Avian.
Beliau pernah bertugas sebagai Timbalan Naib Setiausaha bagi negara China, Mongolia, Taiwan, Hong Kong dan Macau di Jabatan
Negara A.S. di Washington sehingga Ogos 2006. Sebelum itu, beliau merupakan Konsul Besar Amerika Syarikat di Hong Kong dari tahun
2002 sehingga April 2005. Sebelum bertugas di Hong Kong, Encik Keith merupakan Pengarah di Pejabat Perhubungan Cina di Jabatan
Negara A.S. Encik Keith juga ialah seorang yang bekerjaya sebagai Pegawai Perkhidmatan Luar. Beliau pernah berkhidmat di
Washington di bahagian Perhubungan Asia, dan perbah berkhidmat di beberapa kedutaan A.S. di Beijing, Jakarta dan Seoul. Selain
dari itu jawatan Perkhidmatan Luar yang pernah dijawat, Encik Keith juga pernah menjadi ahli dalam Majlis Keselamatan Kebangsaan
di bawah Presiden Bush pada awal tahun 1990-an serta President Clinton pada akhir 1990-an.
Encik Keith dilahirkan di Roanoke, Virginia. Beliau pernah tinggal dan membesar di Tokyo, Jakarta, Hong Kong dan Taipei.
Beliau memulakan kerjaya di dalam Perkhidmatan Luar A.S. pada tahun 1980 selepas tamat pengajian dengan Ijazah dalam Bahasa
Inggeris dari College of William and Mary di Williamsburg, Virginia. Beliau pernah mempelajari bahasa Mandarin, Korea, Malaysia
dan Indonesia.
Encik Keith telah berkahwin dengan Jan Carter; beliau dan isteri mempunyai enam orang anak.
Ucapan-ucapan Duta Besar James Keith